Friday, December 24, 2010

~~Segulung tahniah !! (≧◡≦)

سلام الله عليكم





Bismillah + sollu 3alan nabiy~


Musim baru tiba dengan hingusan dari langit yang tidak sembuh. petanda bahawa masuknya musim 'winter' secara rasmi. selesai solat sunat 2 rakaat, mindaku terasa sedikit lapang. wajah malam intim sederhana sejuk, benar benar mahukan hamba ini duduk merenung luar. benar, duduk memerhati bebintang di angkasa membuat kita menggemburkan banyak perasaan terhadap alam dan penduduknya. damainya jiwa. ^_^


tiba tiba terimbau zaman persekolahan dulu. wajah seseorang mula bermain di minda. teringat insan yang menjadikan serigala sahabat sang domba ini selalu menimbulkan persoalan yang pelik tetapi kebanyakan persoalan itu maknanya amat mendalam sekali. ada sekali secara tiba tiba dia bertanya.


"enta rasa2 la kan hadi, ape kaitan perubahan fesyen pakaian dengan
peradaban Islam sekarang??" tanya hatim.

errkk...!


========================



orang kata pakaian adalah bahasa jiwa kita...mencerminkan peribadi kita. tapi ada pulak yang cakap don't judge book by it's cover. yang mana satu?


dalam novel Manikam kalbu karya Faisal menceritakan tentang kedatangan Islam suatu ketika dahulu. kemasukan addin kita ini ke Tanah Melayu menyebabkan para pembesar dulu menciptakan busana melayu yang berimejkan Islam. Baju melayu, lelaki dan perempuan dihasilkan untuk melambangkan peribadi dan ketinggian budaya. kegemilangan Islam di Tanah Melayu membibitkan rasa izzah (arab=kemegahan) untuk mengamalkan Islam secara syumul. lalu ramailah muslimah mula memakai tudung, dan ramai lelaki memakai mula seluar labuh.


Jika diperhati, malang sekali generasi sekarang kerna ramai yang tidak arif tentang hukum hakam menutup aurat. sekalipun bertudung, masih tetap dengan maksiat dan berbangga dengan kejahilan mereka. pelik. mungkin anak anak muda sekarang (termasuklah diri ini) perlukan asuhan bilhikmah.. jika tiada tauladan dari ibubapa, guru atau persekitaran. siapakah lagi yang boleh dicontohi kita? apakah media yahudi?


Pandanganku, diri seseorang itu dibentuk memalui emosinya. aspek inilah yang sebenarnya banyak berperanan membangunkan individu dan masyarakat jika dibandingkan dengan aspek intelektual. seorang yang bijak belum tentu dapat menjadi seorang 'insan' jika emosinya tak stabil. peradaban memang dibentuk melalui akal tapi pengisian dan jiwa peradaban ini adalah ditiangi oleh emosi.


maksud emosi di sini ialah sifat yang menghidupkan sesuatu makhluk itu. samalah seperti kita menghayati kehidupan kita. bayangkan suasana semasa ibu mendengdangkan selawat untuk anaknya tidur? atau ketika mendengar alunan irama nasyid yang indah?


apakah perasaan kita semasa menghayati matahari terbenam di pantai? atau melihat kejadian alam yang lain? ketika itulah emosi kita terbangkit seolah olah kita baru saja dilahirkan. malah semakin semangat. oleh sebab itulah emosi dan perasaan perlu 'disuntik' dan 'dirawat'. antaranya ialah dengan muraqabah pada ALLAH juga merapatkan diri dengan orang yang soleh memperjuangkan addin ALLAH. insya'ALLAH...


jika bagi pelajar, merapatkan diri dengan guru guru adalah salah satu cara menguatkan jiwa atau emosi. di rumah pula ibubapa yang akan memainkan peranan. golongan seperti inilah yang melestarikan qudwah (arab=contoh) dan boleh menyelamatkan hati kita. kata orang, tempat kita menuntut ilmu inilah medan latihan untuk perbaiki segala kelemahan dan memperkuatkan diri kita.


sahabat.


ada juga hati jika tidak dibimbing atau di khianati akan memberontak dan tersasar jauh dari 'jalan' yang sebenar. hati hati yang hilang kasih sayang hilang kepercayaan ini menjadi penyebab segelintir mereka mula berjinak jinak dengan dunia yang 'lain'. sedangkan jauh di lubuk hati mereka terselit seribu harapan, mengharapkan perubahan mahmudah (arab=sifat sifat terpuji) dalam diri mereka...alahai.


golongan hati yang rosak atau lemah ini sering mengambil jalan pintas untuk senang. i.e~ melakukan perkara yang tidak bermoral serta jenayah. ada juga yang menyalahkan ibubapa, guru guru atau teman atas kejadian menimpa diri mereka. hati da'if ini (arab=lemah) akan seboleh boleh jauh dari rumah, bergaul bebas atas dasar keseronokan, tidak berusaha dan paling dikhuatiri ialah menghidu pengaruh barat..na'uzubillah.


apakah mereka tidak merasa bersalah pada ibubapa? kalaulah mereka sedar bahawa Islam mempunyai cara yang efisien untuk menguruskan kesusahan umatnya, sudah pasti mereka rasa sayang untuk merosakkan diri sendiri.


teman. sama sama kita perbaiki hubungan kita dengan ALLAH. perbaiki hubungan ibubapa, masyarakat kerna itulah yang sebenarnya memberkati hidup kita. menghidupkan roh kita dari 'mati' kekosongan.semoga ALLAH melimpahkan rasa sakinah (arab=ketenangan) dan mahabbah (arab=cinta) yang melimpah ruah buat kita...amin



"Ya Allah, nikmat yang paling besar yang Kau berikan kepada kami adalah nikmat iman dan Islam. janganlah Kau tarik nikmat ini dari hati kami ya Allah..."



..........................




back to bussiness.


dah jauh menyimpang dari tajuk sebenar pulak. ^_^


"Barangsiapa yang mahukan akhirat,
hendaklah dia menuntut ilmu.
Barangsiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia menuntut ilmu.
Dan barangsiapa yang mahukan kedua duanya
hendaklah dia menuntut ilmu"



Ok. bersesuai dengan tajuk, sebenar benarnya hati ini tersangat lah nak mengucapkan Mambrokkk!! (arab=tahniah) terhadap intan yang sorang ni,adik alia athira binti tarmuji.


congratez adik! (≧◡≦)


Chill. mari kita santai sambil tengok profile adik cool ni. pfffttt *tahan gelakk*


Photobucket


ALIA ATHIRAH BINTI TARMUJI adalah anak kelahiran Selangor (woott woott!! ). Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1995 di sebuah hospital (erkk...maaf, tulisan cacing masa salin..dah lupa hospital ape). Anak kepada pasangan Tarmuji Bin Kasti dengan Noriza Binti Tokiran ini adalah pelajar kesayangan guru gurunya di sekolah disamping merupakan pelajar yang konsisten dengan cemerlangnya dan usahanya. pffttt. (≧◡≦)

Beliau telah mendapat 4A1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), dan telah dinobatkan dengan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 9A. Beliau merupakan alumni Sek Keb Bukit Kapar dan masih bersekolah di SMK Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.

Anak ketiga daripada enam adik beradik ini bercita cita untuk menjadi seorang Doktor dan bakal melanjutkan pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) *insya'ALLAH* Hobinya menonton televisyen dan melayari internet. (perghh..tabikk) Beliau juga boleh menguasai empat bahasa (Melayu, Jawa, Arab dan Inggeris) dengan baik dan menjadikan motto Study fillah (usaha, doa, tawaqqal) sebagai landas hidupnya. *wink*




p/s:~ Alhamdulillah...alhamdulillah.. congrates 9A's ira! air mata yang dh simpan dalam peti jiwa terbuka jua. haha. dah banggakan ummi ayah. praise to ALLAH ye!

glad for your acchivement. this is really something to be proud of. you did well! next for bigger aim kay? dont slack off. ingat, hablun minallah hablun minannas. by the way sorry la post over gila ni. jangan mara ea. *pffttt* (tahan gelak lagi) haha. by the way boleh la claim hadiah bulan 7 nanti aw. kereta honda? vios? nak iphone? cakap jew. haha ^_^



......................


"Ya ALLAH. aku ingin berjaya bukanlah kerna aku
ingin takbur kepadaMu tetapi aku aku ingin
membuktikan kebesaranMu bahawa Kau selalu
bersama orang yang berusaha, bersabar dan
bertawaqqal. Ya ALLAH, jika bukan Kau yang memberikan
keluargaku ketabahan selama ini. kami akan jauh dariMu.
Dalam kekurangan duniawi Kau telah menghidupkan keluarga
kami dengan kasih sayang, ketenangan dan keharmonian.
Tamaknya aku ya ALLAH, kerna terus bermohon padaMu
supaya Kau kekal memberikan kami nikmat. Aku
ingin membahagiakan ibubapa, teman teman. dan umat Islam
atas kejayaanKu. Ya ALLAH Ya Tuhanku, perkenankanlah hajatku...





Trust ALLAH and Love ALLAH
in all that you do,
whatever HE does
is always the BEST for you



2 comments:

sheeqa shafeeqah said...

what about me? nothings to talk about huhh? hahha.

hadi mustaqim said...

later you punye lagi special mecial kay. LOL

=)