سلام الله عليكم
Bismillah + sollu 3alan nabiy~
Wah, title entri bajet gempak. Okey, straight to the point. entri kali ni aku nak menceritakan tentang new year eve. tapi dalam versi 'aku kau' pulak. saje nak try benda baru. kalau dulu ayu ayu je aku menulis nak tarik minat 'tak sebaya' membaca tapi now nak ganas ganas. mau golongan perasan muda baca pulak. boleh ke? boleh boleh. sebab ganas ganas entri aku pun aku buat dengan hati penuh berbunga. eh tak tak. dengan penuh ikhlas..insya'ALLAH ^_^
jap jap tak setart lagi. sabaq. sebelum tu aku nak setori sikit tentang teman hidup aku yang baru cute miut ni. oh intan segala payung aku sorang. (≧◡≦) okey fine! aku jumpa dia kat mesir. mula mula kenal cam tu cam tu je masa kat kedai. ala ala drama cintan gitu. lebih kurang setori nur kasih or adamaya la kitaorang kenal. islamic pun ada sikit sikit. errk, boleh lah...
jodoh tu kan qada' ALLAH, susah nak percaya semua tu kebetulan. nawaitu semua tak de time tu. tapi nasib baik la kat mana mana je aku dilatih untuk meng'control cool. ala ala hero filem twilight gitu. steady steady! then kitaorang pun masuk sesi ta'ruf(arab= berkenal kenalan) 'pakai orang tengah' tau. alahai... cam biasalah, hero hero aku pun pemalu orangnya. (≧◡≦)
tupp tupp. (ikut korang la nak letak sound effect ke tak)
Alhamdulillah...praise to ALLAH...
kini dia dah pun jadi milik aku. sebelah aku ni sekarang, sambil usap usap lembut ubun ubun dia aku menulis entri ni. rezeki ALLAH siapa sangka kan... akhirnya aku dapat jua beli gitar khas sendiri. baru 3 hari anniversary. tanpa segan silu aku namakan 'dia' miss. lya. sweet kan?? tau dah..
sebab? erkk.. sebab sebab.. err, dia 'lawa' dan merah gebu gebu. oh cannot. control control. ala hampa toksah bajet innocent okey. hampa bantal busuk pun dok panggil ketot, boboy, gegirl la toksah kondem aku nah. ada tu siap bagi nama toti dekat patung kura kura lagi. wakaka (ups!)
miss lya.aicehh.. kira kreatif juga aku bagi nama ni kan. ahaks. tak pe. aku perasan atas dasar positif so diharuskan. tak paham? bagus!
ini baru betul. baru evolusi muzik aku. yang hampa nampak kedai kat belakang tu la tempat kami bertemu. sabaq sabaq na. ada lagi.
y'all...tengok la betapa bahagianye kitaorang. ahaks
aicehh. bajet artis la. oh cannot. frankly, aku minat semua jenis lagu. tapi banyak banyak pun 5 jenis jer. melayu, indon, english, korean and japanese. itu pun tengok jenis la. kalau rock rock mental yang moleh rosak kan jiwa aku tak layan. rock cintan okey. ahaks. aku more to muzik yang slow atau intrumental. tak pun muzik yang tidak terlalu agresif. baru syok dengar kan. lagi lagi nasyid moden. perghh memang umphh!
.
ek eley bro, lu tak rock la...
beb. tak rock? say hell to rock babeh! mental mental kirim salam nah. ello ello kalau dah sampai pusing kepala sana sini terjerit jerit sambil aqidah melayang tu hampa panggil rock baik gua rock dengan 'bini' lagi syok! sekurang kurang aqidah selamat dan kepuasan pun terjamin.
ouch! telah kecubitan.
hadi hadi... ang gatal nah.
oit oit hampa toksah dok pikiaq bukan bukan. gua rock dengan gitar gua la. apa daa. kan miss lya? (≧◡≦)
Dah dah ang pi main jauh jauh sat. aku nak menulis entri ni sekejap. nanti kita mesra mesra lagi yer awak.
back to bussiness okey!
bersesuaian dengan tajuk entri ni mari kita musyawwah tentang hijrah sambil sambil tenang muhasabah diri. setakat mana kah diri kita yang dahulu? bagaimana dengan amal mu? apa khabar iman mu?
even sekarang ni new year eve dalam konteks masihi, jangan kita alpa yang diri kita ni memegang panji panji Islam. masih Islam. masih memegang amanah dan tanggungjawab pada ALLAH. sambut sambut la juga tapi jangan sampai diri kita terzalimi. ada paham?? matlamat tak menghalalkan cara okey!
by the way tajuk ni pernah aku bawakan masa entri Coretan Hati Adam~ p/s: untuk hawa
sajer. tapi kali ni aku nak lebih focuskan konsepnya. khas buat kita di tahun baru 2011.
sahabat yang dikasihi. apakah itu Hijrah?
hijrah itu bukanlah hanya sekali seumur hidup, bukan juga bermaksud hanya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. akan tapi, hijrah itu berlalu setiap detik kita selagi mana ia menuju pada ALLAH.
"Maka pengertian hijrah yang sebenar ialah
berpegan teguh kepada agama, menyeru manusia kembali
kepada ALLAH, beriltizam dengan akhlak yang mulia, meneguhkan
dan membuktikan keimanan serta memelihara taqwa"
oleh tu, sahabatku mari sama sama jadikan slogan kita pada tahun ini hari ini sebagai "Sesungguhnya aku berhijrah kerna ALLAH" insya'ALLAH ALLAH sentiasa bersama sama dengan kita iaitu orang orang sabar dalam berhijrah.
tanya diri...
adakah kita mampu untuk meninggalkan maksiat? adakah kita mampu memisahkan diri dari rintangan rintangan menuju ALLAH? adakah kita mampu mengeluarkan diri dari perkara perkara yang melalaikan??
ketahuilah sesungguhnya perkataan hijrah disebut lebih dari 20 kali di dalam al Quran tidak lain tidak bukan adalah seiring dengan kehendak ALLAH S.W.T yang inginkan kita memahami, menghayati dan melaksanakannya!
maka, hari ni hijrah merupakan jalan keluar bagi kita dari kepungan kesusahan dan krisis. ketika mana kita mengisytiharkan diri "Sesungguhnya Aku Berhijrah Kerana ALLAH" kita boleh menolak sebarang usaha yang menghalang kita dari menjadikan addin ALLAH sebagai satu pegangan teguh. iaitu manhaj dalam kehidupan kita.
hirah lah diri kita mengubah
- Kemalasan >>> Pengorbanan
- Kecuaian >>> Kesungguhan
- Kepura puraan >>> Kejujuran
"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad
pada jalan ALLAH dengan harta benda dan jiwa mereka adalah
lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang
orang yang memperoleh kemenangan"
(at Taubah: 20)
Okey. untuk berubah sikap memerlukan beberapa langkah mudah.
sedar sebelum berubah (SSB)
Imam Ibnu Qayyim pernah menamakan peringkat ini sebagai al Yaqzah (kesedaran). kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak hak ALLAH melahirkan perasaan al Khauf (takutkan ALLAH). perasaan inilah yang menimbulkan keinsafan dan kemahuan kita untuk berubah.
ringkasnya, langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang membuahkan keinsafan. iaitu dengan cara kita tahu apa sikap yang perlu kita ubah dan menyedari dan menginsafi kenapa sikap itu perlu diubah. insya'ALLAH...
langkah kedua dengan melukiskan plan perubahan diri.
langkah ketiga dengan berusaha mengubah dengan membuat latihan amali.
langkah keempat hidup dalam persekitaran yang positif kerna dorongan luaran boleh membantu dalam perubahan seseorang.
itu sahaja untuk kali ni. dan untuk akhiran mari kita sama sama menghayati kalimah ALLAH ni.
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri"
(ar Ra'd: 11)
renungkan.
~~Lagu best untuk santapan bersama (≧◡≦)
...........................
ALLAH...
tetapkan hati kami...
tetapkan hati ini...
tetapkan hati kami...
tetapkan hati ini...
ALLAH...
sukarnya menjaga iman di kala senja dunia ini...
sukarnya menjaga iman di kala senja dunia ini...
Trust ALLAH and Love ALLAH
in all that you do,
whatever HE does
is always the BEST for you
4 comments:
awwwwwwwwwwwwwwwww :P sangad jeles dengan miss uh! grrrccccc!
btw selamat tahun baru sayang <3 !
love youuu so much! <3
boleh buat buku ni hahaha.
@Baby:
Hahaha. Takkan dengan gitar pun nak jeles=P
Thanks. Happy new year gak. naseb baik b jenis xsambut. bukan tak boleh, tapi kita punya ma'al hijrah dah cukup ^_^
Study hard. t boleh pegi honeymoon dgn family kayh?
Love you more =)
@aliasicomellakonon
Thanks. baik punya perli daa...
Hahaha ^_^
Post a Comment