Thursday, December 16, 2010

~~Surat buat Akhi...

سلام الله عليكم






Alhamdulillah...alhamdulillah...


Antara sedar dan tidak sedar, antara realiti dan fantasi, pejam celik pejam celik tamat sudah bagi yang menduduki Sijil Penilaian Menengah (SPM). tahniah..tahniah..terutama buat akhi (istilah arab=adik) tercinta muhammad haziq hakim bin omar~ woot woott~


akhi...


betapa besar harapan ibu ayah...


dalam sunyi mendoakan adik menjadi seorang insan yang terbit dari kegelapan jahiliah kepada cahaya pelita yang menyinari ...


Teringat akan diri abang. jika sebelum ini, setiap kali ibu ayah menghantar abang ke asrama, sering mereka selitkan ucapan yang menjadi pedoman buat abang ketika di saat lemah. mata ibu ayah selalu menghebuskan ketenangan buat jiwa abang. sambil melihat keputusan yang abang kira berpuas hati dengan kedudukan tertinggi ayah menggelengkan kepala.


"abang... ibu ayah yakin kat abang. abang boleh. kedudukan tidak menjaminkan pape. ingat, sekolah medan untuk abang berlatih segala-galanya. jangan berpuas hati atau berputus asa nak.. "


jawapan ayah menamatkan spekulasi abang terhadap keupayaan diri. kalau ibu ayah yakin padaku, itulah petanda abang bakal meredah lorong yang tepat. sebagai insan yang lemah, perasaan was was tidak dapat dielakkan. alahai....


...Adalah menjadi tanggungjawab abang...
menjadi qudwah hasanah (contoh teladan yang baik)
terhadap kamu adik-adikku



Akhi. abang resah melihat adik mengeluh keletihan. ingatlah, setiap kesabaran dan kepenatan yang adik alami itu pasti mendapat ganjaran besar di sisi ALLAH. akhi, mengapa selalu katakan subjek itu susah subjek itu senang? pastinya secara logik subjek yang kita minat itu lah yang selalu kita "score" dan dapat yang tertinggi lalu berpuas hati bukan?


Akhi. ilmu tidak boleh dipecah-pecahkan. eg~ jika kita menyukai subjek melayu atau agama, perasaan yang sama perlu ada ketika belajar bahasa Inggeris. kita perlu melihat sumber sumber ilmu itu dari ALLAH SWT. Misalnya akhi, ketika mempelajari ilmu tauhid kita turut menemui science theory di dalamnya. eg~ guru mengatakan alam iniadalah cipataan ALLAH SWT. bagaimana penciptaan langit dan bumi ini dikaitkan dengna sifat sifat ALLAH?


Bagaimana pula perasaan dik apabila melihat matahari matahari dan ribuan bintang yang berputar di jagat raya? bukankah mereka menghiasi malam dan siang kita dengan tertib? bila kita bangun, matahari dah terbit. bila kita mahu tidur, bebintang sudah muncul. siapakah petugas- petugas ALLAH yang memakmurkan kehidupan alam ini?


Hayati kalam ALLAH ini~


"Demi malaikat-malaikat yang mencabut nyawa dengan keras, dan malaikat-malaikat yang mencabut nyawa dengan lemah lembut, dan yang turun dari langit dengan cepat, dan yang mendahului dengan kencang, dan malaikat malaikat yang mengatur urusan dunia" (ayat 1~5 Surah An-Naziat)


P/s :~ hidup kita ini bukan setakat jadi doktor saja, menjadi doktor itu hanya sebahagian daripada hidup. di Malaysia dah banyak doktor fizikal, yang kurang doktor fizikal yang juga doktor rohani. golongan inilah yang namanya PROTAZ@profesional ustaz. cool kan??? ^_^







Trust ALLAH and Love ALLAH
in all that you do,
whatever HE does
is always the BEST for you

No comments: