سلام الله عليكم
Bismillah + sollu 3alan nabiy~
rindu rindu rindu nak mencoret kat sini. percaya tak??? tolonglah percaya. (≧◡≦)
terlalu banyak episode dalam kehidupan. tak terlepas juga kitaran rutin harian di mana saat rasa tidak mahu keluar 'kepompong' atau tak optimum dalam hidup kita. tak kiralah lah untuk dakwah mahupun hal study. (ececey...)
muqaddimahnya, suka nak timbul kan persoalan yang sudah kita sedia maklum iaitu... jeng3... HATI kita ^_^
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya ;
"Bahawa di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuh, dan daging itu ialah hati." (HR Bukhari wa Muslim)
.......................
Mengapa hati dititik beratkan?
Sama sama muhasabah dan merenung kembali secara terperinci kotoran kotoran degil jahiliyah yang terselit dalam hati kita. hakikatnya, keadaan ummah sekarang dah dikira kronik dengan 'symptom penyakit' hati yang semakin melarat tak kiralah dalam masalah sosial, ekonomi yang sudah jauh terpesong dari segi Islamnya (sangat2 marah) akhlak, ibadah dan aqidah.
disebabkan itulah wujudnya ilmu dipanggil ilmu tasawwuf iaitu berkaitan dengan hati manusia, bagi menghuraikan satu per satu persoalan dan isu isu berkaitan dengan masalah hati, adab adab dan akhlak menurut yang dipandukan oleh ISLAM . masya'ALLAH... cantiknya ISLAM kita ^_^
Ok. andaikata kita solat tapi tak menjaga adab adab ibadah yang itu, maka ibadah kita itu dianggap sia sia di sisi ALLAH. kerna itu tidaklah cukup kalau kita bersyariat saja tanpa hakikat atau tasawwuf. ilmu fiqh dan tasawwuf perlu sama sama diambil berat dan yang lebih utama antara keduanya adalah soal tasawwuf.
bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut. bahkan ia hukum wajib yang diamalkan semua umat ISLAM tanpa terkecuali! cuma di dalam keadaan keduanya iaitu syariat dan hakikat itu sama sama diamalkan, ALLAH lebih utamakan amalan hakikat. samalah juga isi buah dan kulit. isi tak jadi kalau kulit tak ada, tapi yang dimakan kita itu isi dan bukan kulitnya.
Bersesuaianlah dengan sabda Rasulullah s.a.w ;
"Sesungguhnya ALLAH s.w.t tidak melihat pada rupa paras kamu tetapi ALLAH melihat hati dan amalan kamu" (HR. Muslim)
...Hidup sufi hidup roh yang suci...
di alam yang tinggi penuh dengan cahaya ketuhanan....
tidak sama seperti haiwan di alam yang rendah...
(ahli sufi= orang yang mengamalkan tasawwuf)
(hidup haiwan= ditakrifkan sebagai nafsu)
ironinya, dalam hidup timbul tenggelam... khilaf diri selalu saja membuatkan 'kaki tersekat'. sangat sukar untuk 'berlari jauh' kerna ada 'benda' yang 'tak settle' lagi. lalu jatuh tersungkur, cuba untuk berlari kembali dan tersungkur kembali.
kadang kadang dalam penat 'tersungkur' ini jangn pernah rasa penat kembali ke 'pangkal jalan'. sedangkan rahmatNYA begitu luas. rugilah kita insan sebagai 'peminta' jika berhenti dan putus asa dari mengharap sedangkan sang 'pemberi' tidak pernah bosan dalam pemberianNYA.
Semoga kita selalu terhindar dari musibah hati ini serata masalah yang disebabkan olehnya. hati yang kuat dan ikhlas adalah lebih mulia dari segalanya. dan sebusuk busuk hati ialah orang yang pandai bermuka muka. renung renung kan golongan yang manakah kita berada sekarang?
teetttttttt......
P/s:~ Kalau sebelum ini saya bawakan antum semua lagu amani untuk para isteri solehah, so kali ni kita bersantai pulak dengan lagu CAHAYA CINTA- UNIC. lagu yang saya kira juga sweet (phewwitt...) dan cam biasa paling penting penuh bermakna. insya'ALLAH. khas buat yang sedang ber'couple' dengan sang Pencipta...
~~ Lagi sekali post pasal cinta... miaw miaw (≧◡≦)
ALLAH...
tetapkan hati kami...
tetapkan hati ini...
tetapkan hati kami...
tetapkan hati ini...
ALLAH...
sukarnya menjaga iman di kala senja dunia ini...
sukarnya menjaga iman di kala senja dunia ini...
Trust ALLAH and Love ALLAH
in all that you do,
whatever HE does
is always the BEST for you
4 comments:
as salam..
syukran.entri halwa minda yang menarik untuk dikongsikan bersama.
:)
W.salam
afwan. sama2 nasihati.
apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, umat Islam secara keseluruhannya akan kuat.
kebetulan baru kat dunia blogger. masih banyak perlu dibaiki.
=)
brother, nice entry.
btw, people watching over u.
more important, He is watching over u, over us.
:)
islah nafsak wad'u ghairak :)
let's check this surah 61: verse 2-3
nice writing..
^^
Post a Comment