Wednesday, January 19, 2011

~~Janganlah Sampai Begitu... (Part 1)



سلام الله عليكم

Bismillah.




"Rajin-rajin lah tengokkan blog yang dah bersarang tu yeh,"


Perghh... Disinilah terdapat segala ayat penekanan, ayat suruhan, dan ayat keperlian dalam hidup ni. Oh sensitif. Dalam sungguh makna ayat di atas ni bagi penulis. Almaklumlah, memang busy bangat baru baru ni. Perjuangan habis habisan segala yang termampu. So amacam? Alhamdulillah... setakat ni semuanya okey. kepada family di tanah air jangan lupa doakan anak dan abang mu selalu okey? Mesti korang tak sabar tunggu kepulanganku kan kan? Oho.


By the way, Thanks yeh ingatkan penulis update blog ni. Hahaha. Update blog pun nak kena ingatkn. Dah tua dah rupanya aku ni.


Okey. Nak bercerita sebuah setori yang berkait rapat dengan tajuk entri di atas. Kali ni biarlah kita bersantai santai dengan cerita aku. Setorinya begini, tak lama yang lalu ialah hari sabtu. keluar ber'clubbing' bersama teman teman yang tak berapa nak sebaya. Ber'clubbing di sini istilah yang kami selalu guna untuk keluar mencari pasal. Tiada unsur 18SX. Tak pe. Budak kecil pun boleh baca entri ni. insya'ALLAH selamat.


Alkisahnya berlaku di suatu mall.


Background setori yang lebih specific ialah di dalam sebuah kedai buku. Rajin? Eh janganlah. Cuma nak menjalankan kajian sikit je. Masuk sambil senyum senyum kat tauke kedai. Psikologi. Bagi tauke kedai tu 'cop' aku ni budak sopan yang baik. First impression is very important. Lepas ni boleh lah baca free lama sikit. getus hati kecilku.


Acely, gua memang dah lama tak puas hati dengan tauke kedai ni. Brutal jer beliau kelihatan. Tak pernah senyum. Dah macam kongo pulak gua tengok. bukan pe, gua setart berbulu dengan mamat ni masa ada part, dia dok syok usha tajam gua belek belek buku dekat dengan pintu keluar kedai tu. Apa ingat gua tarak duit ka? Mau lari ka? Muka sikit punya baik macam ni nak kondem pencuri. Cuba la 'husnuzhon' (bersangka baik) sikit walaupun kaum india. Ni tak nak. Haishh.


Menengok, menyentuh dan membelek adalah aktiviti yang biasa berlaku di mana mana kedai buku. Eleh macam korang tak pernah buat. Okey, last last kejumpaan juga buku yang aku cari. buku doraemon volume 26 tau? Acely saje je nak mempamerkan sifat keDADDYan aku ni. Mana tau kan saham diri naik lepas ni. Ah, lantaklah korang nak fikir apa.


Tiba tiba... (an...an...an...sound effect doraemon)


Ada sekawan 'gadis melayu' kemasukan kedai buku tersebut. Ada dalam 3 atau 4 orang macam tu. Not sure. Yang pasti mereka berbual bual dan memalingkan wajah ke diri ni. Eh kejap, tengok belakang aku dulu. Okey clear. Tiada sesiapa di belakang. Now baru boleh perasan.


Ah, diaorang tengok buku lain aku perasan lebih. Hahaha. Kecubaan nak mensedapkan diri. Nak buat macam mana lagi. Then, gua menjarakkan diri ke sudut lain. Buku doraemon semua gua dah cover letak balik. Tak sempat kantoi kot. Masalah ni. Cuba bayangkan muka hensem kantoi baca buku doraemon. huishh. Jatuhlah saham gua beb.


Okey, masih meneruskan aktiviti membelek dan menyentuh buku lain.


Tiba tiba lagi... (ikut korang la nak letak sound effect ke tak)


Salah seorang gadis sawa matang berjalan ala ala 'cat walk' ke arahku. Okey control control!


"Hai you...i sarah" sapaan the minah. For muslimah yezzaa. a bit rude. entah hilang ke mana salam?


Ehem ehem. bau mulut okey check.


"Wa'alaikumsalam..name's hadi." balas kenalan. Dalam hati siapa pulak this minah? Serius aku tak kenal. Mungkin salah orang kot. Almaklumlah, muka hensem macam ni memang selalu sangat orang salah anggap.


"Sorry, sorry..lupa bagi salam. Hihi. You minat korea ekk? Acely, i minat la dengan style dressing you ni," terus terang terus.


"It's okey. Don't mind it. Ooo..." (speechless)


"Boleh tak nak ambil gambar you? i berminat lah nak tunjukkan dressing ni kat boypren i.." soalan this minah membuatkan aku rasa cannot describe.


"Err...emmm...boleh jer," jawab dalam separa tak sedar. Bukan tereksima dengan dah ke-boypren-an atau ke-buayapren-an sekalipun. Cuma tak percaya. Aku macam artis? Oh cannot.


kachakk! Kachakk! (gambar disnap dua kali)


"You minat korea jugak?" soalan aku untuk memecah kesunyian. Jangan percaya. Tak sunyi pun.


"Yup. sikit lah. I suke certain the way diaorang dressing, macam yang you pakai ni. Smart. Beli kat mana ekk?" menjawab sambil tersenyum.


Haa...sudah. The minah ni nak flirt aku ke? Okey cool cool!


"Eh tak delah. biasa2 jer..kat ts banyak jer jual.." aku masih kelu lidah berbicara.


"Ooo..ts. anyway, keep it up. Masuklah dressing dengan jam and bangle you," katanya sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


"Welcome" hanya itu mampu aku katakan.


Eh eh eh. aku tak sempat mintak exchange contact number pun. =.="


Aku bermimpikah? Walaupun dia tak pandang muka cool ni pandang dressing aku jer..tapi serius aku tak percaya. Sampai hari ni. hari khamis. Yang paling mengharukan nak tangkap gambar disebabkan style aku yang biasa ni. Aku bukan artis. Hahaha. Habis nak cakap apa lagi?


Oh ya, dressing aku hari tu biasa biasa okey! mungkin berlebihan di spect aku yang besar gedabak. Like folks said. Ala ala korea lah konon. Plus dengan bersalutkan topi Jason marz di kepala. Perghh..lawak pulak aku teringat balik. Minah tu mesti dah kencing aku awal awal ni. Silap silap dok upload gambar aku masuk contest picha paling lawak. grrcc. siap kau.


Okeylah mahu sambung berenang renang di atas katil empuk ni. Mengantuk gila. Sila jangan tanamkan perasaan jeles di lubuk hati anda yeh. ^_^


~~Muhammad Harith Luqman..kangen bangat sama dia..


Wassalam,


Yang bermalas malasan,
Hadi Alia.



Friday, December 31, 2010

~~ Evolusi tahun baru masihi 2011...

سلام الله عليكم


Bismillah + sollu 3alan nabiy~


Wah, title entri bajet gempak. Okey, straight to the point. entri kali ni aku nak menceritakan tentang new year eve. tapi dalam versi 'aku kau' pulak. saje nak try benda baru. kalau dulu ayu ayu je aku menulis nak tarik minat 'tak sebaya' membaca tapi now nak ganas ganas. mau golongan perasan muda baca pulak. boleh ke? boleh boleh. sebab ganas ganas entri aku pun aku buat dengan hati penuh berbunga. eh tak tak. dengan penuh ikhlas..insya'ALLAH ^_^


jap jap tak setart lagi. sabaq. sebelum tu aku nak setori sikit tentang teman hidup aku yang baru cute miut ni. oh intan segala payung aku sorang. (≧◡≦) okey fine! aku jumpa dia kat mesir. mula mula kenal cam tu cam tu je masa kat kedai. ala ala drama cintan gitu. lebih kurang setori nur kasih or adamaya la kitaorang kenal. islamic pun ada sikit sikit. errk, boleh lah...


jodoh tu kan qada' ALLAH, susah nak percaya semua tu kebetulan. nawaitu semua tak de time tu. tapi nasib baik la kat mana mana je aku dilatih untuk meng'control cool. ala ala hero filem twilight gitu. steady steady! then kitaorang pun masuk sesi ta'ruf(arab= berkenal kenalan) 'pakai orang tengah' tau. alahai... cam biasalah, hero hero aku pun pemalu orangnya. (≧◡≦)



tupp tupp. (ikut korang la nak letak sound effect ke tak)




Alhamdulillah...praise to ALLAH...


kini dia dah pun jadi milik aku. sebelah aku ni sekarang, sambil usap usap lembut ubun ubun dia aku menulis entri ni. rezeki ALLAH siapa sangka kan... akhirnya aku dapat jua beli gitar khas sendiri. baru 3 hari anniversary. tanpa segan silu aku namakan 'dia' miss. lya. sweet kan?? tau dah..


sebab? erkk.. sebab sebab.. err, dia 'lawa' dan merah gebu gebu. oh cannot. control control. ala hampa toksah bajet innocent okey. hampa bantal busuk pun dok panggil ketot, boboy, gegirl la toksah kondem aku nah. ada tu siap bagi nama toti dekat patung kura kura lagi. wakaka (ups!)


miss lya.aicehh.. kira kreatif juga aku bagi nama ni kan. ahaks. tak pe. aku perasan atas dasar positif so diharuskan. tak paham? bagus!







ini baru betul. baru evolusi muzik aku. yang hampa nampak kedai kat belakang tu la tempat kami bertemu. sabaq sabaq na. ada lagi.



y'all...tengok la betapa bahagianye kitaorang. ahaks




aicehh. bajet artis la. oh cannot. frankly, aku minat semua jenis lagu. tapi banyak banyak pun 5 jenis jer. melayu, indon, english, korean and japanese. itu pun tengok jenis la. kalau rock rock mental yang moleh rosak kan jiwa aku tak layan. rock cintan okey. ahaks. aku more to muzik yang slow atau intrumental. tak pun muzik yang tidak terlalu agresif. baru syok dengar kan. lagi lagi nasyid moden. perghh memang umphh!
.


ek eley bro, lu tak rock la...


beb. tak rock? say hell to rock babeh! mental mental kirim salam nah. ello ello kalau dah sampai pusing kepala sana sini terjerit jerit sambil aqidah melayang tu hampa panggil rock baik gua rock dengan 'bini' lagi syok! sekurang kurang aqidah selamat dan kepuasan pun terjamin.


ouch! telah kecubitan.


hadi hadi... ang gatal nah.


oit oit hampa toksah dok pikiaq bukan bukan. gua rock dengan gitar gua la. apa daa. kan miss lya? (≧◡≦)


Dah dah ang pi main jauh jauh sat. aku nak menulis entri ni sekejap. nanti kita mesra mesra lagi yer awak.




back to bussiness okey!







bersesuaian dengan tajuk entri ni mari kita musyawwah tentang hijrah sambil sambil tenang muhasabah diri. setakat mana kah diri kita yang dahulu? bagaimana dengan amal mu? apa khabar iman mu?


even sekarang ni new year eve dalam konteks masihi, jangan kita alpa yang diri kita ni memegang panji panji Islam. masih Islam. masih memegang amanah dan tanggungjawab pada ALLAH. sambut sambut la juga tapi jangan sampai diri kita terzalimi. ada paham?? matlamat tak menghalalkan cara okey!


by the way tajuk ni pernah aku bawakan masa entri Coretan Hati Adam~ p/s: untuk hawa
sajer. tapi kali ni aku nak lebih focuskan konsepnya. khas buat kita di tahun baru 2011.


sahabat yang dikasihi. apakah itu Hijrah?


hijrah itu bukanlah hanya sekali seumur hidup, bukan juga bermaksud hanya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. akan tapi, hijrah itu berlalu setiap detik kita selagi mana ia menuju pada ALLAH.



"Maka pengertian hijrah yang sebenar ialah
berpegan teguh kepada agama, menyeru manusia kembali
kepada ALLAH, beriltizam dengan akhlak yang mulia, meneguhkan
dan membuktikan keimanan serta memelihara taqwa"



oleh tu, sahabatku mari sama sama jadikan slogan kita pada tahun ini hari ini sebagai "Sesungguhnya aku berhijrah kerna ALLAH" insya'ALLAH ALLAH sentiasa bersama sama dengan kita iaitu orang orang sabar dalam berhijrah.


tanya diri...


adakah kita mampu untuk meninggalkan maksiat? adakah kita mampu memisahkan diri dari rintangan rintangan menuju ALLAH? adakah kita mampu mengeluarkan diri dari perkara perkara yang melalaikan??


ketahuilah sesungguhnya perkataan hijrah disebut lebih dari 20 kali di dalam al Quran tidak lain tidak bukan adalah seiring dengan kehendak ALLAH S.W.T yang inginkan kita memahami, menghayati dan melaksanakannya!


maka, hari ni hijrah merupakan jalan keluar bagi kita dari kepungan kesusahan dan krisis. ketika mana kita mengisytiharkan diri "Sesungguhnya Aku Berhijrah Kerana ALLAH" kita boleh menolak sebarang usaha yang menghalang kita dari menjadikan addin ALLAH sebagai satu pegangan teguh. iaitu manhaj dalam kehidupan kita.


hirah lah diri kita mengubah

  • Kemalasan >>> Pengorbanan
  • Kecuaian >>> Kesungguhan
  • Kepura puraan >>> Kejujuran




"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad
pada jalan ALLAH dengan harta benda dan jiwa mereka adalah
lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang
orang yang memperoleh kemenangan"
(at Taubah: 20)




Okey. untuk berubah sikap memerlukan beberapa langkah mudah.


sedar sebelum berubah (SSB)


Imam Ibnu Qayyim pernah menamakan peringkat ini sebagai al Yaqzah (kesedaran). kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak hak ALLAH melahirkan perasaan al Khauf (takutkan ALLAH). perasaan inilah yang menimbulkan keinsafan dan kemahuan kita untuk berubah.


ringkasnya, langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang membuahkan keinsafan. iaitu dengan cara kita tahu apa sikap yang perlu kita ubah dan menyedari dan menginsafi kenapa sikap itu perlu diubah. insya'ALLAH...


langkah kedua dengan melukiskan plan perubahan diri.


langkah ketiga dengan berusaha mengubah dengan membuat latihan amali.


langkah keempat hidup dalam persekitaran yang positif kerna dorongan luaran boleh membantu dalam perubahan seseorang.



itu sahaja untuk kali ni. dan untuk akhiran mari kita sama sama menghayati kalimah ALLAH ni.



"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri"
(ar Ra'd: 11)




renungkan.





~~Lagu best untuk santapan bersama (≧◡≦)


...........................





ALLAH...

tetapkan hati kami...

tetapkan hati ini...



ALLAH...

sukarnya menjaga iman di kala senja dunia ini...







Trust ALLAH and Love ALLAH
in all that you do,
whatever HE does
is always the BEST for you